Saturday, August 9, 2014

TELUR PINDANG ASLI

Telur Pindang adalah makanan tradisi orang Melayu Malaysia. Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi Johor,kini telur pindang sudah boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia.

 


Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna menjadi perang cair. Masa merebus bergantung kepada resipi, namun biasanya melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari).

Disebabkan rasanya yang unik dan berempah, serta proses masakannya yang agak rumit, telur pindang bukan menjadi menu bagi makanan harian. Telur ini dibuat lebih untuk hari-hari keraian serta untuk kenduri kahwin. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi kelebihannya ialah telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak basi sehingga 2 minggu Bagi kebanyakan masyarakat Melayu Johor yang masih lagi mengekalkan warisan dan adat keturunan, penggunaan telur pindang masih lagi kelihatan meluas terutamanya di dalam majlis perkahwinan. Namun, sekarang, bukan sahaja di majlis-majlis perkahwinan, malah di majlis cukur jambul, pertunangan, majlis menyambut orang kenamaan dan sebagainya, telur pindang dijadikan sebagai cenderahati disamping makanan / cenderahati yang lain (doorgift). 


Bagi majlis perkahwinan, telur pindang dijadikan sebagai isian di dalam bekas bunga telur/bunga pahar, dijadikan sebagai bahan hantaran pengantin @ diisikan di dalam beg kertas kemudian diberikan kepada para tetamu yang hadir sebagai tanda ucapan terima kasih.

Pemberian telur pindang dianggap berbeza kerana cara penyediaannya yang agak rumit. Namun, tidak salah bukan seandainya warisan ini diteruskan oleh anak-anak muda kita di dalam majlis mereka? Jikalau mereka berkahwin dengan lelaki/perempuan dari negeri lain, bukankah ini salah satu cara kita mengajar dan menunjukkan adat warisan negeri Johor


Cod Area KL...
Berminat sila pm/call/sms/whatapps:
017 3612449  En Yazid

No comments:

Post a Comment